Rabu, 23 Disember 2009

Haq, filem aksi dan fantasi Malaysia

Haq, sebuah filem aksi fantasi terbaharu dari Malaysia bakal menemui penonton tahun hadapan. Filem ini diarahkan oleh pengarah wanita iaitu Jumaatun Azmi dan dibintangi oleh Zul Huzaimy, Adi Putra, Nanu Baharuddin, Raja Farah dan Fatimah Abu Bakar.

Haq mengisahkan dua beradik iaitu Haq dan Bad yang mempunyai kuasa luarbiasa. Bad yang merupakan anak angkat menyimpan dendam dan iri hati terhadap Haq kerana kelebihan yang ada pada Haq. Dia menggunakan kuasa yang ada pada dirinya untuk memusnahkan kebahagiaan yang dimiliki oleh Haq, bagaimanapun Haq juga memiliki kuasanya tersendiri dan menggunakannya untuk mempertahankan dirinya.

Untuk babak seni mempertahankan diri ia dipantau oleh C.L Hor yang pernah terlibat dalam pembikinan filem aksi kung-fu tempatan iaitu Kinta. Kos pembikinan filem ini lebih kurang RM2.5 juta dan sarat dengan penggunaan CGI dan special effects.

Tiada ulasan: