Selasa, 29 Disember 2009

Airheads, filem ikon untuk Metalheads dan Oldskool Rocka


Antara filem yang sukar didapati sekarang ialah filem Airheads. Filem ini pernah menjadi ikon kepada peminat-peminat muzik Heavy Metal dan Rock selain filem Detroit Rock City, School of Rock dan Rock Star. Filem ini juga merupakan filem terawal yang memperkenalkan nama-nama bintang ternama seperti Brendan Fraser dan Adam Sandler.

Filem Airheads dikeluarkan pada tahun 1994 dan diarahkan oleh Michael Lehmann. Ia mengisahkan sebuah kumpulan muzik yang tidak terkenal bernama The Lone Rangers telah menawan sebuah stesen radio dan memaksa DJ stesen radio tersebut memutarkan demo-tape mereka.

Filem ini telah menampilkan cameo di kalangan rockers-rockers dan pemuzik terkenal antaranya seperti Galactic Cowboys, White Zombie, Lemmy vokalis untuk kumpulan Motorhead, dan Mike Judge sebagai Beavis and Butt-head.

Filem ini juga turut memuatkan beberapa lagu Rock yang jarang didengari dan sukar didapati antaranya seperti Born to Raise Hell persembahan Motorhead bersama Ice-T dan Whitfield Crane, Feed the Gods (White Zombie), London (Anthrax), Degenerated (The Lone Rangers) dan We Want the Airwaves (Ramones).

Tiada ulasan: