Isnin, 21 Disember 2009

Brittany Murphy R.I.P


Sebenarnya aku amat terkejut dengan berita ini. Aku mula meminati lakonannya sejak menonton filem Little Black Book dan kemudian beberapa filem seperti Just Married, Sin City dan sedang menunggu filem terbaharunya iaitu Deadline, tetapi pagi ini aku dikejutkan dengan berita kematiannya.

Britanny Murphy meninggal dunia pada hari Ahad 21 Disember 2009 akibat serangan jantung. Bagaimanapun pihak polis masih menyiasat punca kematiannya. Brittany baru berusia 32 tahun.

Selain daripada berlakon, Brittany Murphy juga boleh menyanyi dan pernah membikin single bersama Paul Oakenfold berjudul Faster Kill Pussycat yang dimuatkan dalam album A Lively Mind. Brittany juga pernah menyanyikan lagu Somebody to Love (lagu asal dinyanyikan oleh Queen) dan Boogie Wonderland (lagu asal dinyanyikan oleh Earth, Wind & Fire), kedua-dua lagu ini dijadikan runut bunyi filem animasi Happy Feet dimana suara Brittany turut digunakan untuk watak Gloria.

BERITA TENTANG KEMATIAN BRITTANY MURPHY

Tiada ulasan: