Selasa, 17 November 2009

Potong jalan

Makan ais potong lagi best


Mulanya aku tak faham pun apa maksud iklan 'potong' tu.

Potong yang mana? Potong yang 'bawah' tu ke atau potong apa?

Mungkin potong kepala kot?

Kemudian pada akhir iklan ditunjukkan gunting memotong wayar telefon.

Pada mulanya aku tak ambil kisah sangat.

Tetapi apabila mendapat tahu kisah 'potong' itu turut didebatkan di Parlimen, aku mula mengambil kisah.

Pertama, perkataan 'potong' itu mengundang sensitiviti, terutama sekali masyarakat Melayu.

Potong sering dikaitkan dengan bersunat atau berkhatan, membuatkan iklan tersebut menjadi 'double meaning'.

Kedua, aku difahamkan iklan itu juga merupakan provokasi kepada pelanggan untuk memotong talian yang sedia ada dan beralih kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi yang membuat iklan tersebut.

Nampaknya iklan ini seolah-olah mensasarkan kepada syarikat telekomunikasi yang lain.

Tambahan pula apabila imej memotong wayar telefon yang bergelung-gelung itu, kita sendiri faham syarikat telekomunikasi mana yang dimaksudkan.

Secara tak lansung, mesej iklan ini jelas, iaitu syarikat ini hendak memotong jalan syarikat telekomunikasi yang sedia ada.

Jadi pada aku iklan ini memang tak beretika dan tak berhemah lansung.

Kalau nak iklankan perkhidmatan telekomunikasi pun, biarlah yang senonoh. Tunjukkan kehebatan dan keistimewaan produk yang diiklankan. Tak perlu nak 'paksa' orang untuk memotong. Kalau produk sendiri pun 'semput' juga tak gunalah nak 'potong' yang lain.

1 ulasan:

Silverian berkata...

Iklan tu paling sesuai untuk dikategorikan sebagai 'TAK BERMORAL!'