Isnin, 16 November 2009

Kalau aku tutup mata selamanya


Yeah, dah lama tak dengar lagu ini, tiba-tiba ia diputarkan di Muzik FM hari ini. Close My Eyes Forever daripada Lita Ford dan Ozzy Osbourne. Lagu Close My Eyes Forever dimuatkan dalam album Lita pada tahun 1988.

Zaman dahulu kala, sewaktu bersekolah, kalau nak dengar lagu seperti ini diputarkan di radio memanglah payah, lebih-lebih lagi di stesen radio RTM.

Bagaimanapun, zaman telah berubah, sekarang banyak lagu-lagu rock yang diputarkan di Muzik FM melalui program Rock Selamba bermula jam 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Rock Selamba bukan sahaja memutarkan lagu-lagu rock klasik tahun 80'an bahkan juga lagu-lagu rock masakini daripada pelbagai genre termasuk metal.

Tahiah dan terima kasih Muzik FM kerana mengadakan rancangan seperti ini. You rock!!!

**Imej Lita Ford dari metalmaidens.com

Tiada ulasan: