Rabu, 11 November 2009

Kisah seram di zaman pertengahan Inggeris



England, sewaktu zaman pertengahan, di kala wabak maut Black Death melanda, seorang rahib muda bernama Osmund telah diarahkan bersama-sama seorang kesatria bernama Ulric untuk mencari seorang ahli sihir yang dikatakan mampu menghidupkan orang yang telah mati. Mereka akhirnya bertemu dengan ahli sihir tersebut, seorang wanita bernama Langiva. Osmund bagaimanapun telah jatuh cinta terhadap Langiva. Namun apabila Langiva mendedahkan identitinya yang sebenar, mimpi ngeri Osmund pun bermula.

Filem ini agak unik kerana menggabungkan kisah seram bersama kisah kesatria seperti King Arthur. Dibintangi oleh Sean Bean, Eddie Redmayne dan Carice van Houten dan diarahkan oleh Christopher Smith.

Tiada ulasan: