Selasa, 6 Oktober 2009

Thriller dari timur




Dua buah filem thriller daripada negara timur, sebuah daripada Republik Rakyat China dan sebuah lagi daripada Korea Selatan.

China mempersembahkan Qiu Xi, sebuah filem thriller perisikan yang diarahkan oleh Zhou Sun. Mengisahkan percintaan seorang gadis bernama Qiu Xi (dilakonkan oleh Jiang Yiyan) bersama seorang agen Kuomintang pada tahun 1949. Bagaimanapun percintaan mereka terhalang disebabkan pemberontakan dan kekacauan yang berlaku di China pada waktu itu.

White Night pula adalah judul filem thriller terbaharu dari Korea Selatan. Diarahkan oleh Park Shin-woo dan dibintangi oleh Son Ye-jin dan Han Seok-Kyu. Ia mengisahkan tentang suatu kejadian pembunuhan yang dilakukan oleh dua orang kanak-kanak. 14 tahun kemudian apabila mereka telah dewasa mereka telah menjadi buruan seorang detektif.

Selain itu, Takashi Shimizu (pengarah Ju-On dan The Grudge) telah mengarahkan sebuah filem seram baharu berjudul The Shock Labyrinth. Filem yang menggunakan teknologi 3D ini mengisahkan sekumpulan remaja yang bertemu kembali dengan rakan mereka yang telah hilang sejak bertahun-tahun lamanya. Bagaimanapun kegembiraan mereka tidak lama apabila rakan mereka itu jatuh sakit. Mereka telah menghantarnya ke hospital tetapi kemudian terperangkap di dalam sebuah bangunan yang berhantu.

TRAILER WHITE NIGHT

WEBSITE SHOCK LABYRINTH

2 ulasan:

Abang Ben berkata...

tengok trailer takde subtitle... tak paham...

zulazahari berkata...

Aku pun x paham...hehe!!!