Isnin, 5 Oktober 2009

Sesat di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur. Ada yang memanggilnya KL, ada juga yang memanggilnya Kolumpo.

Sebenarnya sudah banyak kali aku mengelak daripada ditempatkan di sini. Kenapa? Sebab aku takut. Aku takut tersesat di Kuala Lumpur.

Ramai kawan-kawanku yang sudah berhijrah ke tempat yang bergelar metropolis ini. Dan aku perhatikan ada yang masih kental, ada juga yang sudah hanyut dibawa arus pembangunan Kuala Lumpur. Ada yang sudah berubah imej dan gaya percakapan.

Kuala Lumpur. Dosa dan pahala bercampur. Mungkin siang kita mendapat pahala, malam pula kita mendapat dosa.

Aku juga tidak pasti adakah aku tetap akan menjadi aku apabila berhijrah ke Kuala Lumpur.

*Kepada kawan-kawanku yang telah kembali menjalankan tugas di KL, selamat bertugas dan sentiasa tetapkan keimanan di hati.

Tiada ulasan: