Khamis, 1 Oktober 2009

Kompilasi SMS Aidilfitri

Petikan doa: "Ya Allah, ampunkan dosa kami, terimalah doa kami, ibadah puasa kami, sedekah kami dan amalan yang telah kami lakukan. Berilah kami kesempatan menyambut nikmat Ramadan yang akan datang, Amin".


Kata Al-Ghazali: "Yang jauh itu waktu, yang dekat itu mati, yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah, yang mudah itu berbuat dosa, yang panjang itu amal soleh, yang indah itu saling memaafkan".


Pelita diletak di atas para
Nak dinyala di tepi perigi
SMS dihantar pengganti kad raya
Tanda ingatan aidil fitri.


Salam aidil fitri, ingin mendapatkan lemang? Boleh beli dari kami di lokasi Jalan Kuala Kangsar, IGB area, berhadapan Shell, kedai perabot VONO dekat TM, arah ke selatan, 24 jam.

Perkataan yang cantik Allah, lagu yang merdu azan, novel yang menarik al-Qur'an, senaman yang baik sembahyang dan diet yang mujarab puasa. Selamat hari raya aidil fitri.

Tiada ulasan: