Rabu, 30 September 2009

Salam Aidilfitri

Pertama sekali aku ingin memohon maaf atas kelewatan mengupadate blog ini. Sebenarnya Hari Raya Aidilfitri tahun ini telah menjadi sejarah bagi diri aku dan mencatatkan sesuatu di tugu takdir kehidupan aku. Sejak Hari Raya Kedua aku telah mendapat demam dan kemudian aku mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta. Lazimnya apabila aku demam aku akan sembuh dalam tiga hari apabila diberikan ubat dan antibiotik namun kali ini ubat dan antibiotik telah pun aku habiskan namun demam masih belum kebah. Anehnya demam ini seakan berulang-ulang di mana suhu badanku akan menjadi normal setiap kali aku makan ubat namun akan kembali menjadi panas dua tiga jam selepas itu. Aku kembali ke klinik untuk rawatan dan doktor mengarahkan aku ke hospital besar untuk rawatan lanjut. Di hospital aku telah dimasukkan ke dalam wad kerana disyaki terdapat dalam jangkitan kuman dalam darah. Alhamdulillah, kini aku telah pun sihat cuma mengalami sedikit masalah dengan jantung yang dipanggil Mitral Valve Prolapse. Bermakna aku akan lebih kerap mengunjungi hospital pada masa yang akan datang.

Tiada ulasan: