Rabu, 16 September 2009

Solomon Kane diadaptasi ke layar perak

Solomon Kane merupakan watak ciptaan Robert E. Howard, penulis yang telah memperkenalkan watak Conan the Barbarian dan Red Sonja. Pertama kali watak Solomon Kane diperkenalkan ialah pada tahun 1928, menerusi majalah Weird Tales.

Solomon Kane adalah seorang puritan abad ke-16 yang mengembara ke pelusuk dunia dengan tujuan untuk menghapuskan kejahatan. Solomon Kane digambarkan sebagai seorang yang bermuka muram, sering menutup matanya dengan hujung topi, memakai kot labuh dan bersenjatakan tongkat dan selaras musket (pistol lama). Ada persamaan antara watak The Stranger lakonan Clint Eastwood dalam filem High Plain Drifter dan Van Helsing lakonan Hugh Jackman.

Watak Solomon Kane akan dilakonkan oleh James Purefoy. Sebelum itu watak ini pernah ditawarkan kepada Christopher Lambert. Pelakon lain yang membintangi filem ini ialah Max Von Sydow yang melakonkan watak sebagai ayah kepada Solomon Kane iaitu Josiah Kane.

Filem ini diarahkan oleh Michael J. Bassett dan dijangka akan ditayangkan pada bulan Disember tahun ini.

1 ulasan:

Ajami Hashim berkata...

menarikkk!

p/s: Salaam Aidilfitri utk kau jugak bro! muahhh! :-)