Jumaat, 9 Oktober 2009

Poli poli poli ........tik, getik!!!!

Politik. Itu yang sedang hangat dibincangkan sekarang. Di mana-mana, di kedai-kedai kopi, di sekolah, di hospital, di mahkamah, dia kan bersarang kalau tak dijaga.

Agak klise sekiranya aku mengatakan aku benci politik, kerana politik itu merupakan sebahagian daripada hidup, dan kita tidak dapat lari daripadanya. Di mana-mana sahaja, dalam apa jua keadaan, kita akan berpolitik. Politik bukan sekadar pertentangan atau perbezaan antara parti-parti politik, tetapi juga dalam pekerjaan, perniagaan dan sebagainya. Dengan itu maka keluarlah istilah politik pejabat, politik bisnes, politik sukan, politik rumahtangga, sains politik dan sebagainya.

Dengan politik juga keluarnya istilah retorik, politrick, politaktik dan berbagai lagi istilah pelik-pelik. Kerana politik juga timbulnya isu-isu dan aksi-aksi yang tak pernah digambarkan oleh minda seperti sembahyang dua imam, tidak masuk syurga kerana tidak menyokong sesebuah parti, sesat kerana menyokong sesebuah parti, mengarak kepala lembu, baring tengah-tengah jalan, pecahkan cermin kereta kerabat diraja dan macam-macam lagi.

Namun, politik tidak salah. Politik adalah keperluan. Dengan politik kita dapat menentukan siapa menjadi pemimpin. Dengan politik kita dapat menentukan kerajaan. Dengan politik kita dapat bersuara. Berpolitiklah, cuma berpolitiklah dengan jujur, bukan politik yang menimbulkan huru-hara. Berpolitiklah untuk kestabilan negara, bukan untuk menghancurkan negara. Berpolitiklah dengan kematangan, bukan politik yang kebudak-budakan.

Dan yang penting, biarlah ahli politik yang berpolitik, biarlah ahli politik yang berkempen. kita rakyat biasa cuma dengar dan mengundi je, jangan sebok-sebok nak berkempen jugak! Rimas aku!!

**Aku sedang memikirkan sama ada untuk membuang ruangan Sosio-Politik yang berada di sidebar, apa kata korang??

2 ulasan:

Abang Ben berkata...

memang politik kepartian menjerumus mereka ke dalam pergadaduhan. Tak pernahnya mau bersatu. Terperangkap dalam sistem Yahudi.

zulazahari berkata...

In politics, perception is often more powerful than reality - Joceline Tan, The Star 12th March 2009