Isnin, 12 Oktober 2009

5 filem kegemaran Tony Jaa

Tony Jaa merupakan bintang filem mempertahankan diri yang sedang popular sekarang selepas Jet Li dan Jackie Chan. Setelah menyaksikan aksi-aksinya dalam filem seperti Ong-Bak, Ong-Bak 2 dan The Protector, kita juga ingin mengetahui apakah filem-filem kegemarannya juga merupakan filem aksi.

5. Forrest Gump.

Menurut Tony Jaa, filem ini digemari kerana ia sebuah filem yang cantik dan mempunyai makna yang mendalam. Setiap watak dalam filem ini berjaya dihidupkan oleh pelakon yang membawanya terutama sekali watak utama iaitu Forrest Gump lakonan Tom Hanks.



4. Drunken Master

Filem ini merupakan kegemaran Tony Jaa sewaktu kanak-kanak. Jackie Chan telah memberikan inspirasi dan menimbulkan minatnya terhadap seni mempertahankan diri.


3. Return of the Dragon

Filem ini digemari kerana dua pelakon kegemaran Tony Jaa dipertemukan dalam filem ini iaitu Bruce Lee dan Chuck Norris.


2. The Dark Knight

Penghayatan watak The Joker oleh Heath Ledger telah menyebabkan Tony Jaa meminati filem ini. Suntingan untuk filem ini juga dianggap menarik oleh Tony Jaa.


1. Ong-Bak

Tony Jaa menganggap filem ini sebagai suatu nostalgia bagi dirinya kerana filem inilah yang telah meletakkan dirinya sebaris dengan pelakon-pelakon aksi mempertahankan diri antarabangsa. Filem ini juga telah memperkenalkan seni pertarungan Muay Thai ke persada antarabangsa.

Sumber: Rotten Tomatoes

Tiada ulasan: