Selasa, 13 Oktober 2009

500 hari dalam musim panas

Setiap era ada filemnya. Ketika era James Dean ada Rebel Without a Cause. Ketika era Elvis Presley ada Jailhouse Rock. Ketika era The Beatles ada A Hard Day's Night, ketika era John Travolta ada Saturday Night Fever dan Grease, ketika era grunge ada filem Singles. Mungkin filem 500 Days of Summer mengisi era masakini.

Apa yang menarik tentang filem 500 Days of Summer? Filem ini merupakan sebuah filem komedi romantik yang santai. Plotnya agak mudah, mengenai kisah hidup remaja dan bertepuk sebelah tangan. Memang mudah kan? Filem-filem Melayu pun dah berlambak kisah macam ni.

Namun apabila ia satu produk Hollywood, filem yang jalan ceritanya mudah pun akan jadi menarik. Para pembikin dan penggiat filem di Malaysia harus mengkaji perkara ini, kenapa sebuah filem yang mudah pun mampu menarik ramai orang ke pawagam.

Antara faktor yang aku rasa menjadi sebab filem ini mampu menarik minat penonton khususnya remaja adalah jalan ceritanya dan juga runut bunyinya. Filem ini menghimpunkan lagu-lagu daripada band-band indie dan alternatif yang popular masakini antaranya seperti The Smiths, Black Lips, Doves, Wolfmother termasuk juga Carla Bruni.

Kepada sesiapa yang ingin bersantai hujung minggu ini bolehlah menonton filem ini selepas menonton filem Papadom.

TRAILER 500 DAYS OF SUMMER

Tiada ulasan: