Selasa, 25 Ogos 2009

Sediakan peluru perak, serigala jadian akan menyerang

Sudah lama tidak menonton sebuah filem serigala jadian yang 'real', kali terakhir aku rasa filem serigala jadian yang baik ialah An American Werewolf in Paris (filem Van Helsing dan Underworld tidak dikira kerana bagi aku filem-filem ini bukan filem serigala jadian yang sejati, Twilight: New Moon mungkin diberi pengecualian).

Sebagai seorang peminat filem-filem serigala jadian, berita ini memang menerujakan. Filem The Wolfman (remake untuk filem seram klasik The Wolfman terbitan tahun 1941) telah pun disiapkan dan dijangka akan ditayangkan awal tahun depan. Filem ini diarahkan oleh Joe Johnston dan dibintangi oleh Benicio del Toro.

Mengekalkan plot dan jalan cerita asal, The Wolfman mengisahkan seorang lelaki bernama Lawrence Talbot berjaya menjejaki pembunuh abangnya dan mendapati bahawa pembunuh tersebut adalah serigala jadian.

Selain Benicio del Toro, filem ini turut dibintangi oleh bintang-bintang ternama yang lain seperti Anthony Hopkins, Emily Blunt, Hugo Weaving, Art Malik, Geraldine Chaplin dan suara The Wolfman menggunakan suara vokalis kumpulan KISS, Gene Simmons.

Semoga filem ini dapat mengembalikan kegemilangan filem-filem werewolf seperti An American Werewolf in London dan The Howling.


TRAILER THE WOLFMAN

1 ulasan:

Abang Ben berkata...

trailer best pelakon handalan... kena tengok ni!