Rabu, 26 Ogos 2009

Mungkin kotak Pandora telah dibuka

Kadang-kadang aku pelik dengan sikap manusia, walaupun aku sendiri manusia, kerana ada sahaja yang tidak dipersetujui, ada sahaja yang mahu dibantah, ada sahaja yang mahu dihapuskan. Ya, mungkin, yang diminta atau didesak itu ada sebab-sebabnya tersendiri, tetapi perlukah untuk membabitkan semuanya yang tidak berkaitan, yang tidak termasuk dalam golongan itu.

Semalam telah berlaku sesuatu di Permatang Pasir, dan hari ini rakan-rakan aku yang tergolong dalam 'mereka yang tertewas' menjadi 'lauk' bantaian rakan-rakanku dari golongan 'yang menjuarai'. Kedua-dua pihak rakan aku juga, bukan orang lain. Bahkan ada juga saudara-maraku yang sanggup membuang saudara sendiri hanya kerana parti atau tokoh yang disanjung melebihi tahap dewa.

Aku juga melihat semakin ramai 'hero-hero' yang muncul sekarang. Adakah memperjuangkan yang hak atau memperjuangkan tembolok sendiri, tidak aku ketahui. Yang pasti aku bahagia menjadi aku, tidak condong ke kiri mahupun ke kanan. Pilihan adalah atas selera ku sendiri, jadi jangan sekali-kali cuba menghasut aku!

2 ulasan:

semutapi berkata...

Bro gua melawat blog lu tak bawak apa2 fahaman politik..gua cuma nak hulur tangan salam ramadhan.. :)

zulazahari berkata...

Semutapi,

Salam Ramadan kembali