Khamis, 27 Ogos 2009

Pembunuhan, hantu dan Heavy Metal


Terjumpa tentang filem ini dalam sebuah website filem-filem seram. Anehnya, aku tidak pernah mendengar tentang filem ini. Namun, apabila aku membaca sinopsisnya, filem ini agak menarik.

Sebelum ini aku pernah menonton sebuah filem seram yang berlatarbelakangkan muzik Heavy Metal iaitu Black Roses. Aku tidak mengetahui akan kewujudan filem berjudul Trick or Treat ini yang diterbitkan pada tahun 1986.

Trick or Treat diarahkan oleh Charles Martin Smith, seorang kartunis, animator dan banyak mengarah siri-siri television seperti Space: Above and Beyond, Buffy the Vampire Slayer dan Air Bud.

Filem lain yang pernah diarahnya ialah The Snow Walker, Never Cry Wolf dan Fifty/Fifty (lokasi filem di Malaysia dan melibatkan ramai pelakon tempatan antaranya Ramona Rahman dan Dharma Harun Al-Rashid).

Filem Treat or Treat dibintangi oleh Marc Price, Tony Fields, Lisa Orgolini, Gene Simmons (vokalis kumpulan KISS) dan Ozzy Osbourne (vokalis Black Sabbath).

Ia mengisahkan seorang peminat muzik Heavy Metal bernama Eddie Weinbauer menulis surat kepada gitar heronya, Sammi Curr. Sewaktu sedang menulis dia terlihat berita di dalam TV mengatakan Sammi Curr mati terbunuh dalam kebakaran.

Eddie menemui kawannya, seorang DJ Metal bernama Nuke (lakonan Gene Simmons) yang merupakan kawan rapat Sammi. Nuke memberikannya sekeping piring hitam (rekod) Sammi Curr yang masih belum dirilis.

Di rumah, Eddie memainkan rekod Sammi Curr. Sewaktu sedang mendengar rekod tersebut, Eddie terlelap dan bermimpi tentang kejadian kebakaran yang telah membunuh Sammi. Apabila terjaga Eddie mendapati ada yang tidak kena pada sound rekod tersebut. Mengesyaki rekod itu mempunyai mesej yang tersembunyi (backward masking) Eddie telah memainkan rekod itu secara ke belakang (backward) dan menemui sesuatu yang lebih mengejutkan. Sammi berkomunikasi dengannya dari alam roh!

Sammi telah memberikan Eddie panduan bagaimana untuk mengajar kaki buli yang sering mengganggunya di sekolah. Ini kerana Sammi sendiri pernah menjadi mangsa buli sewaktu di zaman persekolahan. Eddie telah melakukan apa yang diajar oleh Sammi dan berjaya mengalahkan kaki-kaki buli tersebut. Ini membuatkan hubungan antara Eddie dan Sammi bertambah rapat.

Bagaimanapun, pembalasan dendam yang dilakukan oleh Eddie menjadi semakin ekstrem, sehingga melibatkan pembunuhan. Eddie cuba untuk tidak lagi rapat dengan Sammi namun Sammi tidak membenarkannya. Suatu hari Eddie telah tertumpah air soda ke atas rekod Sammi menyebabkan litar pintas berlaku. Litar pintas ini telah memberikan cukup tenaga kepada Sammi untuk keluar daripada rekodnya dan menjalankan pembunuhan secara sendiri. Sammi juga memiliki kemampuan untuk bergerak melalui gelombang radio.

Eddie memusnahkan semua radio yang ada untuk menghalang Sammi daripada bergerak. Eddie berjaya memerangkap Sammi ke dalam sebuah pita kaset. Akhir cerita, Eddie telah memusnahkan kaset tersebut bersama-sama roh Sammi di dalamnya.

Filem ini turut memuatkan soundtrack daripada kumpulan Hair Metal Fastway.

KLIK SINI UNTUK MEMBACA ARTIKEL MENGENAI TRICK OR TREAT

Tiada ulasan: