Jumaat, 21 Ogos 2009

Cabai Mexico

Pernah rasa cili Mexico? Dalam bahasa harian aku sebut cabai Mexico. Memandangkan hari ini belum puasa lagi jadi pagi tadi orang rumah aku menyediakan sandwich sardin sebagai sarapan pagi. Ramuan untuk inti sandwich ini ialah sardin yang dicampurkan dengan cili Mexico.

Pada mulanya aku merendah-rendahkan kemampuan cili ini. Mana boleh lawan dengan cili padi (atau dalam bahasa harian aku sebut cabai burung). Dan aku pun menjamah sekeping sandwich sardin.

Fuh! Berair mata aku. Tiba-tiba sahaja dahi aku terpercik peluh. Wah! Cili api (cili padi in case ada yang tak tahu) sudah ada saingannya. Tak ku sangka rupanya jauh beribu batu di sebuah benua di barat sana ada juga penyaingnya. Kepada mereka yang berada di luar negara yang teringin atau rindukan masak lemak cili api, sambal belacan tapi tak dapat mencari cili padi, boleh lah gunakan cili Mexico sebagai ganti. Pedasnya memang kaw-kaw.

*Ada orang kata cili boleh mengubati selsema. Bolehkah ia mengubati H1N1?

Tiada ulasan: