Rabu, 12 Ogos 2009

Konsert Michael Jackson di seluruh dunia Oktober ini

Ini kusus kepada peminat Michael Jackson. Aku bukan peminatnya namun mungkin aku akan menonton filem ini sebagai hiburan.

Nampaknya rehearsal ataupun persiapan terakhir untuk konsert Michael Jackson yang sepatutnya diadakan di London bulan Jun lalu akan difilemkan.

Filem tersebut yang berjudul This Is It akan ditayangkan di pawagam di seluruh dunia dalam format 3D. Penonton akan merasa seolah-olah menonton konsert yang sebenar.

Selain daripada rehearsal tersebut, filem ini turut memaparkan footage tentang Michael Jackson, beberapa video klip lagu-lagu hitsnya dan juga saat-saat akhir hidup Michael Jackson.

Difahamkan kutipan untuk filem ini akan diserahkan kepada Michael Jackson Family Trust.

Sumber dikutip dari sini.

Tiada ulasan: