Khamis, 13 Ogos 2009

Jay Chou ganti Stephen Chow


Pelakon dan penyanyi Taiwan, Jay Chou dikhabarkan akan menggantikan tempat Stephen Chow sebagai Kato dalam filem superhero The Green Hornet.

Kato merupakan sidekick ataupun pembantu kepada watak The Green Hornet yang dilakonkan oleh Seth Rogen.

Pada mulanya, filem ini sepatutnya diarahkan oleh Stephen Chow bagaimanapun dia menarik diri pada saat-saat akhir. Difahamkan Stephen Chow mahu menjadikan filem ini sebagai spoof kepada The Green Hornet dan mahukan pelakon komedi Jack Black memegang watak sebagai The Green Hornet. Bagaimanapun idea itu ditolak oleh pihak produksi. Tempat pengarah kini diganti oleh Michel Gondry.

Turut dikhabarkan akan muncul dalam filem ini ialah Nicolas Cage yang berkemungkinan akan memegang watak sebagai penjahat dan Cameron Diaz yang akan menjadi kekasih Britt Reid, alter ego kepada The Green Hornet.

Filem ini merupakan adaptasi dan pembikinan semula kepada siri TV The Green Hornet yang popular pada tahun 60'an. Siri The Green Hornet yang asal dibintangi oleh Van Williams sebagai The Green Hornet manakala watak Kato dijayakan oleh Bruce Lee.

Tiada ulasan: