Khamis, 13 Ogos 2009

Lagi filem adaptasi komik

Sebuah lagi filem yang diadaptasi daripada komik akan menemui penonton. Namun filem ini bukanlah sebuah filem superhero sebaliknya sebuah filem aksi perisikan.

The Losers merupakan sebuah filem aksi yang diadaptasi daripada komik dengan judul yang sama terbitan DC/Vertigo. Sebelum ini sebuah komik terbitan DC/Vertigo pernah diadaptasi kepada filem iaitu V For Vendetta.

The Losers mengisahkan tentang enam orang agen CIA yang telah dikhianati oleh ketua mereka sendiri. Mereka telah ditinggalkan sewaktu menjalankan satu misi rahsia di sebuah negara musuh. Keenam-enam mereka disangkakan mati dan nama mereka telah dipadamkan dari senarai nama agen rahsia CIA. Bagaimanapun mereka masih hidup dan membuat rancangan untuk membalas dendam.

Filem ini dibintangi oleh Chris Evans, Jeffery Dean Morgan, Zoe Saldana, Idris Elba dan diarahkan oleh Sylvain White. Filem ini dijangka akan ditayangkan pada tahun 2010.

Tiada ulasan: