Rabu, 12 Ogos 2009

Antem untuk kedewasaan

Smells Like Teen Spirit merupakan lagu dari kumpulan Nirvana nyanyian ikon grunge legenda Kurt Cobain.

Sewaktu lagu ini popular aku baru lepas habis alam persekolahan dan lagu ini seolah-olah menjadi antem untuk kedewasaan bagi diriku dan rakan-rakan persekolahan yang lain. Masing-masing minat gila dengan lagu ini dan mula menyimpan rambut panjang. Yang merokok apa lagi, masa inilah gian dihabiskan. "Aku dah habis sekolah!!!" Kononnya inilah kunci kepada kebebasan hidup tanpa memikirkan akan cabaran dan dugaan yang bakal mendatang.

Kini apabila dewasa aku merasakan tiada indahnya dewasa ini, meskipun terdapat juga kemanisannya. Mulalah dalam hati berkata "alangkah baiknya sekiranya aku dapat kembali kepada zaman persekolahan dulu".

Tiada ulasan: