Isnin, 10 Ogos 2009

Kaos

Pertama sekali aku mohon maaf kerana agak lama tidak menulis tentang filem. Entahlah, sejak kebelakangan ini mood untuk menonton filem agak kurang, mungkin disebabkan penularan wabak Influenza A ataupun Selsema Babi ataupun H1N1 yang membuatkan aku malas hendak keluar rumah. Itupun terpaksa juga keluar demi tugas. Kalau diikutkan hati mahu saja aku berkurung di dalam rumah.

Disebabkan itu maka aku terpaksa mengorbankan beberapa filem yang sepatutnya aku tonton seperti Harry Potter, Setem dan yang terbaru ini G.I. Joe.

Tadi aku ke farmasi untuk membeli topeng malangnya sudah kehabisan. Tiga farmasi aku pergi dan mendapat jawapan yang sama "Topeng dah habis". Mungkin bukan gula sahaja yang menjadi permintaan hangat sekarang bahkan topeng dan instant hand sanitizer juga.

Aku menyokong saranan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom supaya solat hajat agar dihindari oleh virus H1N1 diadakan di setiap masjid selepas solat Jumaat. Aku rasa itulah tindakan yang sebaik-baiknya daripada mengadakan demonstrasi yang sia-sia tempoh hari.

Ada teman bertanya pada aku "kau takut mati ke?" Jawapan aku, bukan diri aku yang aku gusarkan tetapi mereka yang aku sayangi, yang aku cintai melebihi nyawa aku sendiri.

1 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

gua baru je lepas demam flu seminggu...