Jumaat, 10 Julai 2009

Sayang, cermin ini tidak cukup besar untuk kita berdua

Honey, This Mirror Isn't Big Enough for the Two of Us merupakan judul lagu My Chemical Romance yang dimuatkan dalam album sulung mereka I Brought You My Bullets, You Brought Me Your Love (panjangnya tajuk).

Lagu ini lebih berentak hardcore dan emo berbanding lagu-lagu mereka dalam album kedua yang lebih radio friendly.

Difahamkan lirik lagu ini mengenai masalah alkohol dan penyalahgunaan dadah dan dikatakan berdasarkan pengalaman vokalisnya sendiri iaitu Gerard Way.

Sebuah video klip turut dibikin untuk lagu ini. Menariknya, video klip ini merupakan parodi untuk babak di dalam filem seram Audition arahan Takashi Miike. Ia memaparkan adegan seorang lelaki yang ingin mencari pasangan hidupnya dengan mengadakan ujibakat. Selepas beberapa temuduga, dia menemui wanita impiannya. Pada temujanji pertama mereka, dia cuba mencari alamat wanita itu tetapi gagal menemuinya. Lelaki itu kembali ke rumah dan meneguk minuman. Selepas minum lelaki itu rebah tidak sedarkan diri. Wanita impiannya masuk ke rumah dan menyuntiknya dengan sejenis dadah yang melumpuhkannya. Wanita itu kemudian mendera dan memotong kaki lelaki itu. Video klip ini diarahkan oleh John Armson.

3 ulasan:

ZAM SHAH RIZAL berkata...

kalau x silap saya,bunyi gitar di tengah lagu ni ada iras2 intro lagu marabahya pop shuvit...

zulazahari berkata...

Zam,

Betul ker? Aku tak perasan pulak, kena dengar dgn teliti lepas nie. Thanx for the info.

ZAM SHAH RIZAL berkata...

mungkin iras2 kot...dlm minit 1:38 sampai 1:46....