Rabu, 15 Julai 2009

Pasang lampumu

Setelah kecoh bagaimana jenazah MJ dikebumikan, kini kecoh pula tentang lagu Give Thanks to Allah yang kononnya merupakan lagu terakhir yang dirakamkan oleh MJ, tetapi ada pula yang mengatakan bahawa lagu tersebut dinyanyikan oleh Zain Bikha, seorang penyanyi Nasyid yang mempunyai suara mirip Michael Jackson. Perkara ini telah menjadi perdebatan yang hangat di forum-forum online, di blog-blog dan laman chatting.

Zain Bikha pernah bekerjasama bersama Yusuf Islam untuk albumnya A is for Allah dan kemudian menjadi artis rakaman syarikat milik Yusuf Islam iaitu Jamal Records. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Zain Bikha juga pernah menjadi penyanyi latar untuk filem animasi The Lion King.

Seterusnya kita berkenalan pula dengan Everlast. Siapa Everlast? Kepada peminat irama hip-hop dan nu-metal mungkin nama kumpulan House of Pain tidak asing pada anda. House of Pain merupakan kumpulan hip-hop yang dianggotai oleh Everlast sebelum beliau bergerak secara solo.

Everlast atau nama sebenarnya Eric Schrody berketurunan Irish dan telah merakamkan album solo pertama berjudul Forever Everlasting pada tahun 1990 sebelum menyertai kumpulan House of Pain. Setelah meninggalkan House of Pain, Everlast kembali merakamkan album solo berjudul Whitey Ford Sings the Blues.

Everlast kemudian berkolaborasi bersama pemain gitar Latin Rock, Carlos Santana dalam album Santana berjudul Supernatural. Everlast telah mencipta dan merakamkan sebuah lagu berjudul Put Your Lights On. Lagu Put Your Lights On telah berjaya meraih anugerah Grammy untuk kategori Best Rock Performance by a Duo or Group with Vocal pada Grammy Awards tahun 2000.

Yang menariknya, ramai yang tidak perasan bahawa Everlast telah mengucapkan kalimah Syahadah "La ilaha illa Allah" di akhir lagu ini. Kenapa Everlast menyertakan kalimah tersebut? Kerana Everlast adalah seorang Muslim.

Kerana populariti Everlast tidak seperti Michael Jackson, maka keIslaman Everlast tidak pernah disebut atau diveritakan orang. Tambahan pula dengan perwatakan Everlast yang agak kasar (dan bertatu) menyebabkan ramai orang yang tidak menyangka bahawa Everlast adalah seorang Muslim. Bagaimanapun tindakan Everlast menyertakan kalimah Syahadah di dalam lagunya adalah sesuatu yang mengkagumkan.


Put Your Lights On


Hey now, all you sinners
Put your lights on, put your lights on
Hey now, all you lovers
Put your lights on, put your lights on


Hey now, all you killers
Put your lights on, put your lights on
Hey now, all you children
Leave your lights on, you better leave your lights on


Cause there's a monster living under my bed
Whispering in my ear
There's an angel, with a hand on my head
She say I've got nothing to fear


There's a darkness living deep in my soul
I still got a purpose to serve
So let your light shine, deep into my home
God, don't let me lose my nerve
Lose my nerve


Hey now, hey now, hey now, hey now Wo oh hey now, hey now, hey now, hey now


Hey now, all you sinners
Put your lights on, put your lights on
Hey now, all you children
Leave your lights on, you better leave your lights on


Because there's a monster living under my bed
Whispering in my ear
There's an angel, with a hand on my head
She say's I've got nothing to fear

She said
La illaha illa Allah
We all shine like stars
La illaha illa Allah
We all shine like stars
Then we fade away



PENJELASAN EVERLAST TENTANG DIRINYA MENGANUT ISLAM

Tiada ulasan: