Khamis, 9 Julai 2009

Mari terbang bersama aku

Lagi tentang Michael Jackson. Baru tadi aku membaca entri di dalam sebuah blog yang mempertikaikan akan 'keprihatinan' peminat MJ khususnya di kalangan Melayu Muslim tentang status agama MJ dan bagaimana jenazah MJ dikebumikan.

Menurut blog itu, hal anutan dan kepercayaan MJ adalah hak peribadi MJ dan hanya Allah yang mengetahui tentang agama beliau.

Ya, mungkin ada kebenarannya. Kenapa kita perlu menyibukkan diri kita dengan hal-hal sebegini sedangkan ada perkara lain yang lebih penting untuk kita fikirkan. Misalannya tentang diri kita, adakah cukup keIslaman kita daripada kita mengambil tahu hal agama orang lain. Bagaimana dengan amalan kita, solat kita, adakah kita pelihara atau pun sering kita abaikan?

Ada teman memberitahu, dia ingin menyedekahkan Al-Fatihah kepada roh MJ. Aku bertanya, sebelum ini apabila kamu mendengar akan kematian saudara kamu yang Muslim, selalukah kamu sedekahkan Al-Fatihah? Jawapannya, kadang-kadang.

Jadi biarlah MJ bersemadi dengan aman dan tak perlu kita nak berbalah atau bertelagah tentang beliau. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui dan kita harus teruskan hidup dan urusan kita sendiri.

2 ulasan:

Ashraf Fareeq berkata...

biase latu..
itu golongan melayu nombor due..

Dr. Bentara berkata...

part ni aku setuju!