Rabu, 8 Julai 2009

Michael Jackson dan gitaris-gitaris rock

Lagu-lagu Michael Jackson bergenre Pop dan R&B serta ada sedikit pengaruh Dance, Funk dan Rock. Yang istimewanya lagu-lagu Michael Jackson pernah mendapat sentuhan daripada gitaris-gitaris rock yang ternama. Antara gitaris-gitaris yang pernah berkolaborasi dengan Michael Jackson seperti Eddie Van Halen, Steve Stevens dan Slash.


Eddie Van Halen merupakan gitaris rock pertama yang berkolaborasi bersama Michael Jackson. Petikan gitarnya boleh didengari menerusi lagu hit Michael iaitu Beat It. Menurut ceritanya Eddie telah menerima panggilan telefon daripada penerbit album Thriller iaitu Quincy Jones. Quincy Jones telah memintanya untuk bermain gitar bagi lagu Beat It. Pada mulanya Eddie menyangkakan bahawa itu adalah gurauan dan tidak menghiraukannya. Apabila mengetahui bahawa panggilan itu adalah panggilan sebenar daripada Quincy Jones, Eddie berkata dia sanggup merakamkan permainan gitarnya tanpa sebarang bayaran. Namun dia telah menjadi cemuhan anggota band Van Halen yang lain kerana sanggup bermain untuk Michael Jackson secara percuma.


Gitaris kedua yang terlibat dalam lagu Michael Jackson ialah Steve Stevens, bekas gitaris untuk Billy Idol. Berbeza dengan lagu Beat It di mana petikan gitar Eddie Van Halen hanya didengari ketika guitar riffing sahaja, petikan gitar Steve Stevens di dalam lagu Dirty Diana adalah untuk keseluruhan lagu tersebut. Boleh dikatakan lagu Dirty Diana merupakan lagu Hard Rock Michael Jackson yang pertama.


Slash mungkin merupakan gitaris kegemaran Michael Jackson apabila dia terlibat secara langsung dalam pembikinan album kelapan Michael Jackson iaitu Dangerous. Selain daripada itu Slash juga turut bersama Michael Jackson dalam setiap konsert dan persembahan Michael Jackson. Disebabkan penglibatan Slash dalam album Dangerous menyebabkan album ini dikategorikan sebagai album Hard Rock Michael Jackson.


Di dalam album Dangerous, Slash telah bermain untuk dua buah lagu iaitu lagu hit Black or White dan Give In To Me. Petikan gitar Slash juga dapat didengar untuk pembukaan lagu Why You Wanna Trip on Me. Slash juga turut terlibat dalam album Michael Jackson Blood on the Dance Floor: HIStory in the Mix.

3 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

gua minat Steve Stevens punya gaya tu.. kangkang habis!

Lusuhone. berkata...

nice info..ko dak perak ke? anyway aku minat gak bace blog hang nih..
aku dak ipoh.. ni nak promote blog sket...http://lusuhone.blogspot.com
kalau ari ahad turun la loken, aku bukak tapak juai bundle kat sana ngan member2

zulazahari berkata...

Abang Ben, itulah gaya rockers sejati 80'an, huhu.....

Lusuhone, insya Allah aku akan turun Loken bila ada masa, geram jugak aku tengok t-shirt dlm blog ko tu.