Isnin, 6 Julai 2009

Pukul 6:66??



Aku suka dengan poster filem ini. Poster yang memberikan ilusi optik kepada sesiapa yang memandangnya. Jika dipandang dari jauh ia bagaikan imej tengkorak.

Poster ini merupakan poster filem seram terbaharu daripada Thailand berjudul 6:66 Dead Not Dead. Filem ini dibintangi oleh Susie-Susira Angelina Nanna, Jason Young dan diarahkan oleh Takeaw Ruengratana. Filem ini akan ditayangkan di Thailand pada 30 Julai ini.

Sinopsis ringkas tentang filem ini. Ia mengisahkan seorang wartawan jenayah bernama Dao mula melihat imej dan bayangan yang aneh dan menakutkan setelah suatu kejadian menimpa ayahnya. Dao bertemu seorang anggota polis bernama Wut dan mereka bersama cuba mencari jawapan kepada kejadian-kejadian ini.

Di bawah adalah trailer untuk filem ini. Saksikan trailer ini sehingga habis.

TRAILER 6:66 DEAD NOT DEAD

Tiada ulasan: