Selasa, 23 Jun 2009

Siapa musuh Spidey seterusnya?

Aku ternampak poster Spider-Man 4 ini di salah sebuah blog dan terfikir adakah poster ini poster yang sebenar ataupun fake poster. Kalau mengikut apa yang ditulis di poster tersebut ia membayangkan bahawa Spider-Man akan berhadapan dengan musuhnya yang terhebat selain Venom iaitu Carnage.

Carnage merupakan the darker side of Venom bermakna Spider-Man atau Peter Parker akan menghadapi cabaran paling hebat dalam filem akan datang. Di dalam komik, Carnage adalah Cletus Kasady, seorang pembunuh bersiri yang ditahan di penjara di Ryker's Island. Kebetulan Eddie Brock (yang merupakan pembawa simbiotik Venom) ditahan di sel yang sama dengan Kasady. Simbiot Venom merasakan bahawa tubuh Kasady sesuai untuk dijadikan hos dan bersatu bersama Kasady lalu membentuk Carnage.

Carnage digambarkan sebagai musuh Spider-Man yang paling kejam, tidak berperikemanusiaan dan tidak mengenal mangsanya. Adakah watak Morbius, the living vampire juga akan dimuatkan dalam filem Spider-Man 4 ini juga tidak dapat dipastikan. Dengarnya Sam Raimi, penerbit filem ini sangat berminat untuk menyertakan sekali watak pontianak tersebut. Juga dikatakan watak The Lizard yang mana alter egonya adalah Dr. Curt Connors (watak ini dilakonkan oleh Dylan Baker dalam ketiga-tiga filem Spider-Man) akan membuat kemunculannya dalam Spider-Man 4. Jika benar, maka Spider-Man 4 sudah pasti penuh dengan adegan dan aksi-aksi mendebarkan. Belum lagi dikira dengan kisah cinta antara Peter Parker, Mary Jane Watson dan Gwen Stacy.

Sementara itu, bahang filem Transformers: Revenge of the Fallen sudah mula terasa. Apabila menonton dokumentari pembikinan filem ini yang disiarkan di televisyen, aku tak dapat menjangka bagaimanakah rupa filem ini nanti kerana ada babak yang menyerupai filem Indiana Jones, Stargate, Godzilla. Mungkinkah Steven Spielberg menyuntik sedikit ideanya untuk filem ini? Oh ya, selain teruja melihat robot-robot kegemaranku di zaman kanak-kanak beraksi, Megan Fox juga merupakan pendorong bagi aku untuk menonton filem ini, heheh.





Tiada ulasan: