Isnin, 22 Jun 2009

Death Note versi Hollywood?

Aku tak pasti sama ada projek ini akan berlansung atau pun sudah berlansung, tetapi berita ini aku petik dari Upcoming Horror Movies menyatakan bahawa filem Death Note akan dibikin oleh Hollywood.

Dikatakan bahawa filem Death Note versi Hollywood ini akan diadaptasi daripada manga Death Note (bukan daripada filem Death Note versi Jepun ataupun siri anime Death Note). Death Note akan diadaptasi oleh Charley dan Vlas Parlapanides.

Filem ini akan diterbitkan oleh Roy Lee dan Doug Davison dan diedarkan oleh Warner Bros. Setakat ini belum ada sebarang maklumat mengenai siapa pengarah dan barisan pelakon yang akan membintangi filem ini.


Tiada ulasan: