Jumaat, 19 Jun 2009

Sumpahan yang takkan berakhir

Sekiranya anda menonton filem Ju-On: The Grudge 2 (versi Jepun, jangan terkeliru dengan filem The Grudge 2 versi US yang mengambil watak hantu daripada filem Ju-On tetapi dengan jalan cerita yang berbeza) pastinya anda menyangka bahawa kisah ini telah pun berakhir.

Apabila Kayoko menjelma semula (reincarnated) menjadi anak Kyoko, seolah-olah mengatakan bahawa kisah ini sudah pun berakhir. Tambahan pula apabila pengarahnya Takashi Shimizu mengatakan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang sambungan untuk Ju-On dalam masa yang terdekat ini.

Bagaimanapun baru-baru ini dua buah filem yang dikatakan sebagai sekuel Ju-On diterbitkan. Filem-filem tersebut ialah Ju-on: Shiroi rôjo ataupun dalam bahasa Inggerisnya Ju-On: Old Lady in White dan Ju-on: Kuroi shôjo (Ju-On: Girl in Black) dan kedua-dua filem ini diarahkan oleh pengarah yang berbeza. Ju-on: Shiroi rôjo diarahkan oleh Ryûta Miyake manakala Ju-on: Kuroi shôjo diarahkan oleh Mari Asato.

Kedua-dua filem Ju-On yang terbaharu ini walaupun mempunyai kaitan dengan filem-filem yang terdahulu kali ini tidak menampilkan dua watak hantu utamanya iaitu Kayoko dan anaknya Toshio.

Filem pertama iaitu Ju-on: Shiroi rôjo mengisahkan seorang gadis yang memiliki deria keenam dipanggil Akane, telah mendapat gambaran mengerikan tentang rakan baiknya sewaktu kanak-kanak yang dibunuh bersama keluarganya. Filem kedua pula Ju-on: Kuroi shôjo mengisahkan seorang jururawat bernama Yuko merawat seorang kanak-kanak perempuan yang mempunyai ketumbuhan di perutnya. Ketumbuhan tersebut rupanya adalah dendam bayi yang tidak dilahirkan dan menjangkiti sesiapa yang menghampirinya, menjadikan mereka gila.

Kedua-dua filem ini adalah sempena aniversari filem Ju-On yang ke-10. Kedua-duanya akan ditayangkan serentak di Jepun pada 27 Jun 2009. Selain itu sebuah permainan video berjudul Ju-On: The Grudge telah dikeluarkan. Permainan video ini berkonsepkan survival horror di mana para pemain harus melarikan diri dari rumah Saeki (rumah dimana Kayoko dan anaknya Toshio dibunuh oleh suaminya Taeko Saeki). Permainan ini hampir menyamai permainan video Silent Hill.

Cubalah cari permainan ini apabila berada di pasaran dan cubalah bermain pada waktu tengah malam secara bersendirian dan tutup semua lampu, pasti enjoy!

TRAILER FILEM JU-ON

WEBSITE JU-ON

WEBSITE JU-ON GAME

Tiada ulasan: