Selasa, 23 Jun 2009

Anjing hitam

Black Dog merupakan lagu kegemaranku daripada kumpulan Led Zeppelin. Muziknya yang unik dan ada feel rock 'n' roll dan blues serta suara mengada-ngada Robert Plant yang menjadikan lagu ini menarik. Lagu ini juga menampilkan gorengan gitar Jimmy Page yang garing dan sedap dimakan.

Lagu ini dimuatkan di dalam album Led Zeppelin IV yang turut memuatkan lagu berhantu Stairway to Heaven, Misty Mountain Hop dan lagu yang diilhamkan dari novel JRR Tolkien Lord of the Rings iaitu The Battle of Evermore.

Lagu ini ditempatkan di nombor 18 dalam kategori The Top Fifty Classic Rock Songs of All Time pada tahun 1995 dan nombor 294 dalam kategori The 500 Greatest Songs of All Time oleh majalah Rolling Stone pada tahun 2003.

Lagu ini juga menjadi kegemaran anggota kumpulan Foo Fighters iaitu Dave Grohl.

Tiada ulasan: