Selasa, 23 Jun 2009

Pening dan keliru

Dazed & Confused ialah lagu ciptaan dan persembahan penyanyi folk Jake Holmes. Lagu ini dimuatkan dalam album The Above Ground Sound pada bulan Jun 1967. Lagu ini telah disalah ertikan sebagai lagu menceritakan pengalaman Holmes menagih LSD bagaimanapun Holmes menafikannya dan menjelaskan bahawa lagu ini mengenai kekasihnya yang berada dalam dilema sama ada ingin tinggal bersamanya atau tidak.

Lagu ini kemudian dibikin semula oleh kumpulan The Yardbirds. Versi asal lagu ini hanya diiringi bunyi gitar dan tiada drum atau percussions. Kumpulan The Yardbirds telah menggubah semula lagu ini untuk disesuaikan dengan kumpulan itu. Jimmy Page daripada Led Zeppelin telah diundang untuk bermain gitar bagi lagu ini, dan Page telah memperkenalkan bowed guitar, iaitu gitar elektrik yang boleh digesek seperti biola.

Apabila kumpulan The Yardbirds berpecah, Jimmy Page telah membikin semula lagu ini untuk kumpulan Led Zeppelin. Page telah membuat pengubahsuaian pada lirik lagu dan juga melodi lagu ini untuk mengelakkan daripada dituduh sebagai memplagiat lagu Jake Holmes. Lagu itu juga tidak diberikan sebarang kredit kepada Jake Holmes. Jake Holmes pernah menghubungi Jimmy Page untuk membincangkan tentang lagu itu namun tiada sebarang jawapan daripada Jimmy Page.

Lagu ini kemudian dimuatkan dalam album Led Zeppelin dan Jimmy Page masih mengekalkan trademark lagu ini iaitu menggunakan instrument bowed guitar. Lagu ini telah menjadi judul kepada filem Dazed & Confused yang diterbitkan pada tahun 1993 dan diarahkan oleh Richard Linklater. Richard Linklater pernah berbincang dengan Jimmy Page untuk menjadikan lagu Dazed & Confused sebagai runut bunyi untuk filem ini. Jimmy Page bersetuju bagaimanapun Robert Plant menolak.

Lagu ini menjadi kegemaran pemain gitar kumpulan Metallica iaitu Kirk Hammet.





Tiada ulasan: