Selasa, 23 Jun 2009

Cahaya kasih

Terima kasih kepada Khabir Bhatia yang telah membuat seuatu kepada drama Melayu. Drama Nur Kasih yang sedang ditayangkan di TV3 memang lain daripada drama bersiri yang ditayangkan di TV sekarang ini.

Tiada kisah keluarga yang hidup dalam kemewahan, tiada kisah perebutan jawatan dalam syarikat, tiada kisah Mat Rempit yang cuba mencari kehidupan (konon) tetapi tetap menjadi Mat Rempit.

Teknik fotografi dalam drama ini juga cantik. Anda dapat melihat keindahan sawah padi di Tanjung Karang, Selangor dipaparkan di sini (walaupun di dalam drama ini kisah ini berlaku di Kuala Kangsar, Perak). Juga beberapa adegan yang dilakonkan di Sydney, Australia. Jalan ceritanya serta skripnya juga menarik, tidak meleret-leret dan menggunakan bahasa pengulangan yang ketara seperti kebanyakan drama Melayu lain (khasnya drama yang memaparkan polis luarbiasa Malaysia tu).

Kepada yang masih belum menonton drama ini, boleh menontonnya di TV3 setiap hari Jumaat jam 9.00 malam.



TRAILER NUR KASIH

Tiada ulasan: