Rabu, 24 Jun 2009

Luriaz Silverian


Kepada peminat-peminat aku (cewah, macamle artis popular pulak) maksud aku kepada pembaca-pembaca dan pengunjung setia Luriaz Silverian dan juga mereka yang link kan blog syok sendiri aku ini di blog mereka, aku mengucapkan terima kasih yang teramat sangat kerana kunjungan kalian ke blog ini telah memberikan aku semangat untuk terus menulis, walaupun ada yang menuduh aku sebagai pendorong ke arah budaya hedonistik dan menghasilkan blog yang tidak memberi manfaat yang sepatutnya dibakulsampahkan.

Sudah hampir dua tahun aku menulis blog, walaupun tiada sebarang hasil yang aku perolehi daripada menulis blog ini (duit Nuffnang pun tak bertambah-tambah lagi, huhu) namun bukanlah wang ringgit yang aku harapkan, sebaliknya kepuasan menulis itu kerana bagiku menulis umpama sistem perkumuhan bagi tubuh badan. Dengan menulis segala yang terpendam di hati sanubari dapat ku luahkan.

Insya Allah aku akan terus menulis dan aku akan cuba mempertingkatkan lagi kualiti tulisanku, lebih memberikan informasi dan tulisan-tulisan yang bermakna untuk kalian hayati.

Bersama-sama ini aku hadiahkan kalian wallpaper Luriaz Silverian sebagai tanda penghargaanku (klik imej di atas untuk mendapatkan wallpaper tersebut).

Terima kasih kepada

Mahhass

Ajami Hashim

Mamat Khalid

Fadz

Abang Ben

Geng Metal

Yus

Ondscene

Meor Ahmad

dan yang terakhir sekali kepada isteriku yang tercinta yang memberikan ilham dan dorongan untuk terus menulis.

Tiada ulasan: