Khamis, 25 Jun 2009

Linkin Park kembali bersama robot Transformers

Yeah, baru dengar semalam.

New Divide merupakan single terbaharu Linkin Park yang dijadikan runut bunyi untuk filem Transformers: Revenge of the Fallen. Ini merupakan single kedua Linkin Park yang dijadikan runut bunyi filem Transformers setelah single What I've Done dijadikan runut bunyi untuk filem sulung Transformers.

Sebuah video klip untuk lagu ini turut difilemkan. Berbeza dengan lagu What I've Done, video klip New Divide dibikin seolah-olah kumpulan Linkin Park sendiri terbabit dalam filem Transformers.

Lagu ini dimuatkan dalam album runut bunyi Transformers: Revenge of the Fallen. Antara band-band lain yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Green Day (21 Guns), Cavo (Let It Go), Taking Back Sunday (Capital M-E), The Fray (Never Say Never), Nickleback (Burn It to the Ground), The Used (Burning Down the House), Theory of a Dead Man (Not Meant to Be), All American Rejects (Real World), Hoobastank (I Don't Think I Love You), Staind (This Is It), Avenged Sevenfold (Almost Easy) dan juga kumpulan rock veteran Cheap Trick (Transformers [The Fallen Remix]). Sayangnya band-band seperti Atreyu, Bullet for My Valentine, My Chemical Romance, HIM, Funeral for a Friends tidak disertakan sekali.

Dikhabarkan pada mulanya side project band Chester Bennington iaitu Dead by Sunrise akan memuatkan single mereka berjudul Crawl Back, bagaimanapun Chester Bennington menafikan khabar angin itu.

Pelakon Tyrese Gibson yang memegang watak sebagai Sgt. Epps di dalam filem ini juga ada merakamkan duet bersama penyanyi Jewel, sebuah lagu berjudul Make It Last, bagaimanapun lagu ini tidak dimuatkan dalam album runut bunyi Transformers: Revenge of the Fallen. Lagu ini boleh didengari sewaktu adegan romantik antara Sam dan Mikaela dalam filem tersebut.

Tiada ulasan: