Jumaat, 26 Jun 2009

Dari sini ke alam kekal (From Here to Eternity)

Hari ini aku tak ada idea nak menulis, cuma agak terkejut dengan kematian dua orang selebriti Hollywood, pertama ialah bekas pelakon Charlie's Angels iaitu Farah Fawcett, 62 yang meninggal akibat barah dan yang kedua merupakan Raja Pop Dunia, Michael Jackson, 50 yang meninggal akibat serangan jantung.

Walaupun aku bukan peminat Michael Jackson namun lagu-lagunya telah banyak menghiburkan aku antaranya seperti Beat It, Billie Jean, Dirty Diana, Black or White dan Man in the Mirror. Sebelum ini ada berita mengatakan Michael Jackson telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikhail, tetapi apabila aku merujuk kepada akhbar dan internet, tiada sebarang maklumat tentang agama Michael Jackson, dan aku juga tidak pasti beliau akan dikebumikan mengikut tatacara agama yang mana, Kristian atau Islam? Sekiranya benar, Michael Jackson adalah seorang Muslim, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Aku juga sedang menanti hari untuk menonton blockbuster terbaharu iaitu Transformers: Revenge of the Fallen yang aku pasti akan membuatkan panggung wayang penuh dua hari ini (sebenarnya dah penuh pun mulai malam Khamis lalu).

Juga terima kasih kepada Yus yang telah mengurniakan Award kepada blog ku yang tak seberapa ini.

Tiada ulasan: