Selasa, 16 Jun 2009

Lagu lembut daripada kumpulan muzik keras

Mat Metal juga manusia. Mereka juga ada hati dan perasaan. Meskipun muzik yang dimainkan bingit dan keras, namun mereka juga mampu mencipta melodi yang asyik dan menghiburkan. Bersama ini aku senaraikan dua buah lagu merdu daripada dua buah kumpulan muzik Metal tersohor.

Nothing Else Matters merupakan sebuah lagu ballad persembahan kumpulan Metallica. Lagu ini dimuatkan dalam album mereka yang ke-5 berjudul Metallica atau dikenali juga sebagai The Black Album. Album ini turut memuatkan sebuah lagi lagu ballad iaitu The Unforgiven namun agak berbeza kerana Nothing Else Matters lebih bertemakan percintaan (pada asalnya).

Lagu ini diilhamkan oleh James Hetfield dan hendak ditujukan kepada bekas teman wanitanya namun dia tidak dapat mengingati kenapa lagu itu patut ditujukan padanya. Pada mulanya dia menganggap lagu itu bersifat peribadi dan tidak mahu menerbitkannya namun apabila Lars Ulrich mendengarnya, dia mahukan lagu itu dimuatkan dalam album terbaru mereka. Daripada tema percintaan lagu itu telah diubah kepada lagu penghargaan kepada peminat Metallica.

Di atas 'kelembutan' lagu ini maka album Metallica telah diterima di arena mainstream dan sering dimainkan di radio-radio malahan video klipnya pernah disiarkan di MTV. Bagaimanapun video klip tersebut tidak ditayangkan pada waktu perdana kerana mengandungi gambar yang kurang menyenangkan. Lagu ini juga telah menduduki tempat ke-11 dalam Mainstream Rock Track Charts tahun 1992.

Lagu ini kemudian digubah semula bersama orkestra bimbingan Michael Kamen dan dimuatkan dalam album S&M, sebuah album yang memuatkan lagu-lagu Metallica gabungan Metal dan orkestra.

Ia juga pernah dinyanyikan semula oleh artis pelbagai genre antaranya ialah band Indie dari Belgium iaitu Awaken, penyanyi pop British Declan Galbraith, persembahan secara koir oleh Vienna Boys' Choir, pemain piano Scott D. Davis dan penyanyi Itali Marco Masini.

Wasting Love pula merupakan single ketiga daripada album ke-9 Iron Maiden iaitu Fear of the Dark. Seperti lagu Nothing Else Matters lagu ini juga dikeluarkan pada tahun 1992. Lagu ini merupakan satu-satunya lagu berkonsep Power Ballad dan bertemakan percintaan daripada Iron Maiden. Lagu ini juga merupakan lagu yang jarang didengar dan jarang dipersembahkan oleh Iron Maiden sewaktu konsert. Lagu ini dicipta dan ditulis oleh Bruce Dickinson dan Janick Gers.


WASTING LOVE

Maybe one day Ill be an honest man

Up till now Im doing the best I can

Long roads, long days,

Of sunrise to sunset, sunrise to sunset


Dream on brother while you can

Dream on sister I hope you find the one

All of our lives covered up quickly by the tides of time


Spend your days full of emptyness

Spend your years full of lonliness

Wasting love in a desperate caress

Rolling shadows of nights


Dream on brother while you can

Dream on sister I hope you find the one

All of our lives covered up quickly by the tides of time


Sands are flowing and the lines are in your hand

In your eyes I see the hunger

And the desperate cry that tears the night




2 ulasan:

cerpelai berkata...

Salam bro..
Sori lama tak singgah sini..

S&M memang masyuk terutama sekali liquid guitar kepunyaan Kirk Hammet.. Sempoi habis..!!

Err.. lagu Metallica yang paling gua minat ialah Seek & Destroy dan juga One dan untuk Iron Maiden pulak, lagu Number Of The Beast dan Hallowed By Thy Name ialah feveret gua..!!

Abang Ben berkata...

Wasting Love CD single tu... jenuh mencari... dah jumpa mahal pulak... tapi minat punya pasal... sapu juga!