Rabu, 17 Jun 2009

Aku tak mahu terlepas apa pun

I Don't Want to Miss a Thing merupakan lagu persembahan Aerosmith yang dijadikan sebagai runut bunyi untuk filem arahan Michael Bay iaitu Armageddon. Lagu ini telah menduduki tempat pertama di Billboard Hot 100 selama empat minggu pada tahun 1998. Lagu ini juga telah memperkenalkan kumpulan rock veteran Aerosmith kepada generasi muda.

Lagu ini telah dicipta dan ditulis oleh Diane Warren. Pada mulanya Diane bertujuan untuk memberikan lagu ini kepada penyanyi pop Celine Dion tetapi kemudian menyerahkan kepada kumpulan Aerosmith sebagai runut bunyi untuk filem Armageddon.

Lagu ini kemudiannya dinyanyikan semula oleh penyanyi Country Mark Chesnutt pada tahun 1998.

Walaupun lagu ini merupakan lagu popular Aerosmith, ia juga dicalonkan sebagai Worst Original Song dalam Golden Raspberry Awards tahun 1998.

Tiada ulasan: