Isnin, 15 Jun 2009

Evolusi muzik dalam diri bahagian kelima


Aku cuba explore muzik-muzik baru seperti New Age, Blues dan Jazz. Pertama kali aku membeli album Nusrat Fateh Ali Khan dan mendengar muzik Qawwalli (kategori muzik Ghazal yang popular di India dan Pakistan). Cuba dengar lagu Allahu dendangan Raihan, Raihan telah mengadaptasikan muzik Qawwalli ke dalam Nasyid Melayu dan eksperimen ini aku rasakan berjaya (malangnya Raihan sekarang sudah agak 'diam' sejak Nazrey Johani keluar dari kumpulan itu).

Juga cuba berjinak-jinak dengan muzik daripada Mike Oldfield, Robert Miles, Kitaro, Paul Oakenfield dan sebagainya. Cuma aku agak sukar menerima muzik daripada Enigma dan kumpulan Era, mungkin kerana terdapat unsur-unsur Christianity di dalam muzik mereka. Kalau muzik persembahan Yanni, Chopin dan Tchaikovsky memang menjadi teman tidurku.

Cuba pula mendalami lagu-lagu Blues persembahan John Lee Hooker, BB King, Eric Clapton, John Mayall dan Kenny Wayne Shepherd. Walaupun aku pernah mendengar lagu-lagu Blues persembahan kumpulan Blues Gang, namun itu hanya separuh sahaja luahan Blues yang dicurahkan oleh kumpulan Blues tempatan itu. Apabila mendengar lagu-lagu Blues yang didendangkan oleh pelopornya baharulah aku dapat merasai keseluruhan feel Blues itu. Tidak, aku bukan merendah-rendahkan kemampuan Blues Gang, cuma mungkin Blues Gang berbuat demikian untuk memasuki pasaran muzik tempatan, sekiranya Blues Gang memainkan irama Blues original, aku yakin agak sukar untuk pendengar Malaysia menerimanya.

Muzik Jazz, muzik yang baharu sahaja aku terokai. Aku mula meminati muzik ini setelah mendengar lagu-lagu persembahan kumpulan The Rippingtons, Dave Koz dan Kenny G. Suatu ketika dahulu aku pernah mencemuh peminat muzik ini kononnya peminat-peminat muzik ini terdiri daripada mereka yang bersifat material, golongan-golongan elit dan korporat dan penduduk-penduduk kota. Namun bila aku sedari bahawa muzik itu universal dan tidak sepatutnya diklasifikasikan atau dikategorikan, maka aku membuka hatiku untuk menerima muzik Jazz. Cuma satu jenis muzik sahaja yang masih belum bertapak di hatiku. Muzik apakah itu?

Dangdut.

Mungkin ada sambungan lagi???






2 ulasan:

Abang Ben berkata...

Lain-lain muzik memang boleh dengar... sekali lalu je la.

Metal forebaaaaa...!

zulazahari berkata...

Yes! Hail Abang Ben!!!