Isnin, 18 Mei 2009

Schwarzenegger masih lagi Terminator

Berita baik kepada peminat-peminat Arnold Schwarzenegger dalam filem Terminator. Arnold Schwarzenegger akan muncul sebagai cameo dalam filem Terminator terbaru iaitu Terminator Salvation. Gabenor California ini akan muncul membawakan watak T-800 Model 101 iaitu model Terminator yang pertama. Bagaimanapun Schwarzenegger hanya muncul selama beberapa minit sahaja kerana sebahagian yang lain akan dilakonkan oleh Roland Kickinger yang mempunyai tubuh badan dan rupa yang mirip dengan Schwarzenegger.

Terminator Salvation merupakan sekuel dan prekuel untuk franchise Terminator. Kisah kali ini menceritakan tentang Skynet yang mula menguasai dunia. Beberapa tentera pemberontak cuba untuk menjatuhkan penguasaan Skynet antaranya ialahJohn Connor lakonan Christian Bale, Marcus Wright, cyborg yang merasakan bahawa dirinya adalah manusia (lakonan Sam Worthington) dan watak Kyle Reese, protagonis dalam filem The Terminator sewaktu muda (lakonan Anton Yelchin).

Tiada ulasan: