Khamis, 21 Mei 2009

Rumah anjing

Bagi peminat-peminat filem splatter-horror dan gore diselang-seli dengan aksi komedi, pastinya filem ini menjadi pilihan.

Doghouse, filem komedi seram terbaharu keluaran British yang bakal mengulangi fenomena Shaun of the Dead. Filem ini diarahkan oleh Jake West dan dibintangi oleh Danny Dyer, Stephen Graham, Noel Clarke, Terry Stone, Christina Cole, Lee Ingleby, Keith-Lee Castle, Emil Marwa dan Neil Maskell.

Ia mengisahkan empat orang sahabat pergi bercuti ke sebuah kawasan pedalaman setelah salah seorang daripada mereka bercerai. Tujuan mereka ke tempat itu adalah untuk melupakan peristiwa sedih itu dan bergembira. Bagaimanapun tanpa disangka-sangka sejenis gas toksin telah terbebas dan menular ke kawasan itu. Toksin tersebut hanya memberi kesan kepada kaum wanita menyebabkan mereka menjadi ganas dan menyerang serta membunuh kaum lelaki.

Jake West sebelum ini pernah mengarahkan filem Evil Aliens dan Pumpkinheads: Ashes to Ashes.


TRAILER DOGHOUSE

Tiada ulasan: