Khamis, 21 Mei 2009

Bermain untuk hidup

Minat dengan permainan paintball? Kepada yang sukakan aksi, adventure, aktiviti ketenteraan, paintball adalah satu medium yang selamat. Senjata yang digunakan hanya berisi bola dan cat yang akan memberikan sedikit kesakitan apabila ditembak namun tidak membawa kepada maut.

Tetapi bagaimana pula dalam keseronokan bermain, tiba-tiba anda ditembak dengan peluru hidup. Dan anda tidak mengetahui siapakah penembak itu, dan daripada mana dia akan menembak. Anda juga tidak mengetahui siapakah sasarannya. Permainan ini pasti akan menjadi mimpi ngeri.

Itulah plot untuk filem seram terbaharu Paintball. Filem Sepanyol yang diarahkan oleh Daniel Benmayor ini dibintangi oleh Claudia Bassols, Patrick Regis, Brendan Mackey, Jennifer Matter, Anna Casas dan Josep Segui.

TRAILER PAINTBALL

Tiada ulasan: