Khamis, 21 Mei 2009

Pemburu hantu

Mereka akan kembali


Bukan, bukan tentang program terbaharu Astro tetapi tentang projek terbaharu Columbia Pictures iaitu membikin lanjutan untuk filem komedi seram sains fiksyen Ghostbusters.

Ghostbusters III sedang dalam perbincangan. Dalam satu temubual dengan LA Times, pelakon Dan Akroyd mengesahkan bahawa dia akan berlakon dalam filem itu. Turut berlakon adalah pelakon asal iaitu Bill Murray, Harold Ramis, Ernie Hudson dan Sigourney Weaver.

Dia juga memberitahu bahawa seorang lagi pelakon wanita akan membintangi filem itu, sebagai anggota baru pemburu hantu. Antara pelakon yang disebut adalah Alyssa Milano dan Eliza Dushku.

Dalam temubual dengan MTV pula, pelakon Harold Ramis memberitahu jalan cerita Ghostbusters III berkisar tentang anggota-anggota pemburu hantu veteran melatih anggota-anggota baru yang terdiri daripada remaja.

Tiada ulasan: