Khamis, 21 Mei 2009

Jalan pintas


The Shortcut, filem seram pertama terbitan Adam Sandler di bawah label syarikatnya Scary Madison yang khusus untuk menerbitkan filem-filem seram manakala Happy Madison menerbitkan filem-filem komedi.

Filem ini mengisahkan seorang tua yang tinggal di dalam hutan. Lelaki tua ini dikatakan terlibat dengan kes kehilangan beberapa orang kanak-kanak suatu masa dahulu. Beberapa orang kanak-kanak yang kini telah pun dewasa cuba untuk menyiasat perkara itu dan siapakah orang tua itu sebenarnya.

Filem ini diarahkan oleh Nicholaus Goossen dan ditulis oleh Dan Hannon dan Scott Sandler. Ia dibintangi oleh Andrew Seeley, Shannon Woodward, Dave Franco, Josh Emerson, Katrina Bowden, Raymond J. Barry dan William B. Davis.

TRAILER THE SHORTCUT

Tiada ulasan: