Jumaat, 22 Mei 2009

Pembikinan semula Clash of the Titans

Filem epik Clash of the Titans yang pernah difilemkan pada tahun 1981 sedang dalam proses pembikinan semula. Untuk filem versi baru ini ia akan diarahkan oleh Louis Leterrier dan dilakonkan oleh Sam Worthington, Liam Neeson, Ralph Fiennes, Gemma Aterton, Mads Mikkelsen, Jason Flemyng dan Danny Huston.

Menariknya filem ini akan mempertemukan dua orang pelakon filem James Bond iaitu Mads Mikkelsen dan Gemma Aterton. Mads Mikkelsen pernah memegang watak penjahat iaitu Le Chiffre dalam filem Casino Royale manakala Gemma Aterton pula memegang watak sebagai agen M16 bernama Strawberry Fields dalam filem Quantum of Solace. Di dalam filem Clash of the Titans Mads Mikkelsen memegang watak sebagai Draco dan Gemma Aterton sebagai Io.

Clash of the Titans diadaptasi daripada kisah mitos Greek mengenai Perseus yang merupakan anak kepada dewa Zeus, cuma Perseus adalah manusia. Dia harus membentuk satu pasukan tentera untuk menghalang Hades, dewa kematian dan neraka yang merancang untuk menggulingkan Zeus.

Untuk filem tahun 1981 ia telah diarahkan oleh Desmond Davis dan dibintangi oleh Harry Hamlin, Maggie Smith, Claire Bloom, Ursula Andress, Judi Bowker dan Burgess Meredith. Untuk kesan khas dalam filem terbitan 1981, ia menggunakan teknik stop-motion dan model tanah liat seperti yang terdapat dalam filem Star Wars pada tahun 1979. Kesan khas dalam filem Clash of the Titans terbitan tahun 1981 diseliakan oleh Ray Harryhausen, legenda dalam kesan khas untuk perfileman. Filem Clash of the Titans merupakan filem terakhir Ray Harryhausen apabila beliau bersara selepas filem ini ditayangkan kepada umum.

Tiada ulasan: