Khamis, 23 April 2009

Transformers versi Hong Kong

Akhirnya filem yang digembar-gemburkan sebagai Transformers versi kung-fu siap penggambarannya. Filem yang berjudul Metallic Attraction: Kungfu Cyborg ini diarahkan oleh Jeffrey Lau. Kos penggambaran dan produksi untuk filem ini dianggarkan sebanyak $14.6 juta.

Filem ini menggabungkan unsur-unsur robotik yang terdapat dalam filem-filem Transformers, Terminator dan Robocop bersama aksi-aksi kungfu ala Jackie Chan dan Jet Li serta komikal dan komedi ala Stephen Chow.

Lau mendapat inspirasi untuk filem ini apabila merasakan Hong Kong dan China agak kurang mengeluarkan filem-filem bercorak sains fiksyen dan superhero sedangkan filem-filem sebegitu sedang mendapat tempat sekarang.

Filem ini dibintangi oleh Jacky Wu Jing, Alex Fong, Hu Jun, Ronald Cheng, Sun Li, Law Kar-ying dan Eric Tsang.

Jeffrey Lau pernah bekerjasama dengan Stephen Chow untuk filem Kung Fu Hustle.

TRAILER METALLIC ATTRACTION: KUNGFU CYBORG

Tiada ulasan: