
Siri animasi bercorak penyiasatan dan perisikan ini dengarnya telah diperoleh hak ciptanya oleh Warner Bros. Pihak Warner berminat untuk membikin sebuah filem versi 'live action' untuk siri animasi itu dan pelakon remaja yang sedang popular iaitu Zac Efron dijangka membawakan watak Jonny Quest.
Pelakon lain yang dijangka membintangi filem ini ialah Dwayne Johnson. Filem ini akan diarahkan oleh Andy Fickman yang telah mengarahkan filem Race to Witch Mountain, juga dibintangi oleh Dwayne Johnson.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan