Jumaat, 24 April 2009

Thailand dilanda tsunami pada tahun 2022



Nampak gayanya Thailand sudah mula membikin filem-filem bencana selain filem-filem seram. Mungkin menjejaki industri perfileman Jepun yang telah berjaya dengan filem-filem bencananya seperti The Sinking of Japan.

2022 Tsunami mengisahkan negara Thailand bakal dilanda tsunami besar. Perdana Menteri Thailand iaitu Tribhop bersama-sama pakar geologi Dr. Siam membina pangkalan di Lautan Hindi dan Asia Pasifik untuk memantau dan meramalkan gempa bumi serta tsunami. Bagaimanapun tsunami tetap berlaku tanpa memberi amaran dan meranapkan segala yang menghalang laluannya. Tiada tempat lagi untuk bersembunyi melainkan menghadapi bencana menakutkan itu.

Tiada ulasan: