Rabu, 22 April 2009

Darren Shan di layar perak

Berita baik bagi penggemar watak Darren Shan. Watak budak pontianak ini akan menemui anda secara visual. Filem yang diadaptasi dari novel pertama yang memperkenalkan watak Darren Shan iaitu Cirque du Freak sedang dalam pembikinan. Berkemungkinan besar filem ini akan menjadi pengganti Harry Potter apabila siri filemnya tamat tidak lama lagi.

Darren Shan tidak banyak bezanya dengan remaja lain. Dia sering bermain dengan teman rapatnya Steve, mendapat gred yang agak baik setiap kali peperiksaan dan sentiasa mengelak dari mencari masalah. Bagaimanapun apabila dia dan sahabatnya menonton suatu persembahan di karnival, terdapat perubahan dalam diri Darren. Setelah tamat persembahan, bertemu dengan salah seorang anggota karnival dan lelaki itu mendakwa dirinya adalah pontianak. Steve meminta lelaki itu menukarkan dirinya menjadi pontianak. Apabila lelaki tersebut merasa darah Steve, dia menolak permintaan Steve kerana dia mengesan kejahatan dalam diri Steve.

Sementara itu Darren pula seakan berminat dengan labah-labah dan mencuri seekor labah-labah bernama Madam Octa. Madam Octa menyengat Steve dan melumpuhkan dirinya. Darren merayu kepada pemilik Madam Octa agar memberikannya penawar kepada Steve. Pemilik Madam Octa setuju dengan satu syarat. Ketika itulah pontianak bernama Larten Crepsley menghisap darah Darren dan menukarkannya menjadi pontianak.

Darren kemudian menjadi sebahagian daripada anggota karnival. Dan mereka bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat mencari mangsa di samping membuat pertunjukan. Meskipun Darren telah bertukar menjadi pontianak dan dahagakan darah manusia, Darren cuba untuk mengawal dirinya.

Filem ini dibintangi oleh John C. Reilly, Chris Massoglia, Willem Dafoe, Ray Stevenson, Brandon Molale, Josh Hutcherson, Salma Hayek dan Ken Watanabe. Filem ini diarahkan oleh Paul Weitz berdasarkan novel Cirque de Freak karya Darren Shan.

Tiada ulasan: